About Me

Dr Mahathir naik Proton X70 masuk Istana Negara


KUALA LUMPUR: Tatkala pemimpin lain menaiki kereta mewah keluaran luar negara memasuki Istana Negara, Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sebaliknya.

Bekas Perdana Menteri itu tiba di Pintu Dua, Istana Negara kira-kira jam 1.58 tengah hari pada Khamis menaiki sebuah Proton X70 berwarna kelabu.

Kenderaan dinaikinya itu juga berbeza dengan kereta ahli politik lain yang tiba pada hari sama, namun dari pemerhatian Astro AWANI, keretanya tidak bercermin gelap.

Bahkan, ketika beliau beredar dari Istana Negara pada jam 3 petang, Ahli Parlimen Langkawi itu menurunkan tingkap dan melambai kepada petugas media yang berada di pekarangan Istana Negara.

Begitupun, tiada kenyataan media diberikan memandangkan beliau dijadual mengadakan sidang media secara dalam talian pada hari sama.

Dr Mahathir merupakan pemimpin ketiga menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Negara pada Khamis selepas kereta membawa beliau dilihat memasuki istana pada jam 1.58 tengah hari tadi.

Sebelum itu, pemimpin pertama yang tiba di Istana Negara pada Khamis ialah Timbalan Presiden Pas yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilihat memasuki Istana Negara pada jam 10.22 pagi tadi.

Maklumat dari sumber mengatakan beliau dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 11.00 pagi.

Beliau dilihat meninggalkan Istana Negara pada jam 11.36 pagi dan tidak sampai 30 minit selepas itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pula memasuki istana.

Kenderaan membawa beliau dilihat keluar meninggalkan bangunan Istana Negara kira-kira jam 12.54 tengah hari.

Tiada sebarang kenyataan diberikan kepada media daripada kedua-dua pemimpin itu yang dilihat terus meninggalkan kawasan istana selepas pertemuan selesai.

- Awani 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!