About Me

Ditahan 'makan suap' bulanan RM39,000


Shah Alam: Seorang eksekutif sebuah pasar raya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai terbabit dalam rasuah mendapatkan kontrak pembersihan di antara 2018 hingga tahun ini.

Wanita berusia 43 tahun itu ditahan pada jam 3.20 petang tadi di Pejabat SPRM Selangor.

Sumber berkata, siasatan awal mendapati suspek meminta dan menerima wang suapan secara bulanan berjumlah RM39,000 daripada beberapa buah syarikat bagi kerja pembersihan.

Menurut sumber, bayaran berkenaan diterima sebagai balasan bagi memastikan syarikat terbabit terus mendapat kontrak pembersihan dengan syarikatnya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada jam 9 pagi esok untuk permohonan reman.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!