About Me

"Dia hisap ganja ke?"- Tunku Ismail


Kuala Lumpur: Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menolak dakwaan penyerang import Selangor FC, Ifedayo Olusegun yang pernah menyatakan skuad Merah Kuning satu-satunya pasukan paling gemilang di negara ini.

Ujar Tunku Ismail, berdasarkan deretan kejayaan yang dilakar skuad Harimau Selatan terutamanya dalam era bola sepak moden kini, tidak mungkin Red Giants dianggap terbaik.

Malah, beliau mengandaikan Ifedayo yang juga pemenang kasut emas musim lalu itu 'berkhayal' tanpa melihat kepada fakta semasa.

"Lebah tidak membuang masa memberi keterangan kepada lalat iaitu madu lebih lazat daripada najis.

"Mungkin dalam segi sejarah, Selangor lebih besar daripada JDT tetapi berdasarkan kedudukan semasa, JDT adalah pasukan terbesar dalam negara ini.

"Saya bagi contoh, berapa pusat latihan yang Selangor ada? JDT ada empat. Berapa stadium Selangor ada? JDT ada empat.

"Sekarang pernah atau tidak Selangor pada zaman kegemilangannya, menang Liga Super lebih daripada dua kali? JDT hatrik bukan sekali tetapi dua kali. JDT juga pernah menang liga sebanyak dua kali tanpa tewas.

"Rekod 75 perlawanan tanpa kalah di laman sendiri dan hari ini, belum tewas dalam 33 perlawanan di laman lawan. Selangor pernah menang pertandingan antarabangsa? JDT menang Piala AFC," katanya dalam temubual bersama Hafizal Hamad dalam program Nindia Bola.

Katanya lagi, JDT adalah pasukan pertama dari Malaysia yang beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL).

"Selangor pernah main di ACL? JDT sudah main tiga kali. Bukan cerita zaman dulu masa belum ACL tetapi kedudukan sekarang pada senario bola sepak moden. Apa yang saya cakapkan ini adalah fakta dan bukan saya bercakap daripada hati.

"Saya rasa saya lebih tahu kelab mana lebih besar dalam negara ini. Bagaimana dengan apa yang JDT sudah kecapi dan dengan pencapaian ini, Selangor adalah pasukan lebih besar daripada JDT?

"Pada pandangan saya, tidak logik. Saya tak tahu apa dia (Ifedayo) hisap, dia hisap ganja ke?" katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!