About Me

Di mana ibu 'Hussein'


Slim River: Wanita gagal dikesan selepas menghilangkan diri dan meninggalkan bayi lelaki dilahirkannya di Hospital Slim River pada penghujung April lalu.

Pegawai Pelindung, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Muallim Wan Nurhaliza Wan Ghazali berkata, wanita yang dikenali Rashidah Abdullah berusia 22 tahun melahirkan seorang bayi lelaki pada 22 April lalu di hospital berkenaan.

Menurutnya, selepas beberapa hari dilahirkan didapati bayi berkenaan dijangkiti sakit kuning lalu menerima rawatan dan pemerhatian di wad kanak-kanak hospital berkenaan.

"Pada 29 April, ibu bayi berkenaan dibenarkan keluar sebentar ke pekan Slim River pada waktu tengah hari untuk menyelesaikan urusan peribadinya.

"Sejak hari itu ibu bayi terbabit terus menghilangkan diri dan tidak pulang ke wad di hospital berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Nurhaliza berkata, berikutan itu, pihak hospital menghubungi pihak JKM daerah untuk mengambil tindakan selanjutnya pada bayi berkenaan.

Katanya, pihak JKM daerah memberi tempoh selama sebulan kepada ibu atau bapa bayi yang berusia kira-kira dua bulan itu dan buat sementara ini diberikan nama Hussein di bawah Perintah Seksyen 19 Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2016) Pelindung Kanak-Kanak.

"Berdasarkan maklumat terakhir, wanita berkenaan tinggal di Hulu Bernam dan berharap orang ramai yang mengenali wanita terbabit tampil memberi maklumat kepada pihak JKM daerah dengan segera.

"Sebelum ini, pihak JKM sudah cuba mengesan wanita berkenaan berdasarkan alamat terakhir itu namun gagal dikesan," katanya.

Menurutnya, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi JKM daerah di talian 05-4529664.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!