About Me

Dakwaan mayat pesakit COVID-19 dari India hanyut ke Sabah palsu


KOTA KINABALU: Berita tular di media sosial yang mendakwa kononnya mayat pesakit COVID-19 yang dibuang di laut di India telah hanyut ke Sabah adalah berita palsu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali.

Menurutnya setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kes itu dan meminta semua pihak supaya tidak mudah percaya serta tidak menyebarkan berita itu tanpa memastikan kesahihannya terlebih dahulu.

"Tiada kes seumpamanya di Sabah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial berkongsi gambar sekumpulan nelayan yang menangkap ikan dengan kapsyen 'Mayat COVID-19 yang dibuang laut di India sudah sampai di Sabah, siapa berani makan ikan patutlah ikan sekarang lain macam rasanya !!!," sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat di negeri itu.

-- BERNAMA

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!