About Me

Cinta ditolak, lelaki Myanmar serang wanita senegara


Gombak: Berang cinta ditolak, seorang lelaki Myanmar bertindak menyerang wanita senegaranya menggunakan pisau di hadapan sebuah kedai di Jalan Wangsa 3/5, Taman Wangsa Permai Desa Jaya, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat mangsa berusia 35 tahun itu diserang dengan pisau oleh seorang lelaki berusia 40-an di lokasi kejadian jam 6.10 petang.

"Siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai berpunca daripada kemarahan suspek yang menaruh perasaan terhadap mangsa. Namun, mangsa yang juga kenalan suspek enggan menerima lelaki berkenaan.

"Mangsa yang juga pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) pernah diganggu suspek beberapa kali sebelum kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zainal berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami luka di leher, dahi dan lengan kanan.

"Mangsa yang dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut dilaporkan stabil. Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Nur Azrul Amirul Mustafa di talian 03-61262222 atau 011-12300778 bagi membantu siasatan," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!