About Me

Cemas anak ular tedung hitam masuk baju


PONTIAN – Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas apabila seekor anak ular tedung hitam memasuki baju yang dipakainya dalam kejadian di Balai Polis Ayer Baloi di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.35 tengah hari itu, mangsa yang berusia lapan tahun itu dikatakan sedang berbaring di dalam ruang pantri rumah keluarganya.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Noor Parmon berkata, seramai tiga anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.

“Pasukan Keluar Operasi (PKO) mendapati benar terdapat seekor anak ular tedung hitan berukuran 0.5 meter telah memasuki baju kanak-kanak berusia lapan tahun.

“PKO bertindak mengunting baju yang dipakai mangsa sebelum ular terbabit berjaya ditangkap menggunakan alat penjerut,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Noor berkata, reptilia berkenaan dilepaskan ke habitat asal jauh dari penempatan penduduk.

Jelasnya, pemeriksaan mendapati kanak-kanak terbabit terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Operasi ditamatkan pada pukul 12.56 tengah hari.

-K! ONLINE.

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!