About Me

Buruh Pakistan tidak faham pertuduhan liwat budak lelaki


SEBERANG PERAI – Seorang buruh warga Pakistan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan meliwat seorang budak lelaki bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan terhadap Ali Asghar, 20, di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Dia yang kelihatan terpinga-pinga di kandang tertuduh selepas pertuduhan dibacakan memberitahu tidak memahami pertuduhan tersebut dalam bahasa Melayu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa meliwat seorang budak lelaki berusia tujuh tahun sembilan bulan di ruang tamu sebuah rumah pangsapuri di Jalan Perai Jaya, Perai di sini kira-kira pukul 2 petang pada 27 Mei lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Fazliyana Ahmad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kes berkenaan akan disebut semula pada 19 Julai depan untuk melantik juru bahasa Urdu.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!