About Me

Buruh didakwa rompak wanita depan pasar sampai rugi RM40,000


KOTA BHARU – Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak pelbagai barangan milik seorang wanita sehingga mangsa mengalami kerugian sebanyak RM40,000 pada bulan lalu.

Tertuduh, Wan Azmi Wan Abdullah, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan rompak berkumpulan hingga menyebabkan seorang wanita berusia 42 tahun mengalami kerugian sebanyak RM40,000.

Kesalahan itu dilakukan olehnya di depan pintu Pasar Gok Kapor di sini kira-kira pukul 5.50 petang pada 19 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Abu Arsalnaa meminta agar mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh.

Tertuduh dalam rayuannya memohon supaya mahkamah membenarkan jaminan kerana mempunyai dua anak dan isteri sedang mengandung.

Bagaimanapun, mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Difaham, tertuduh telah merompak kepingan emas, kunci kereta, kad mesin pengeluaran automatik (ATM), subang berlian, wang tunai bernilai RM5,000, beg tangan dan dompet jenama Louis Vuitton ketika mangsa berada di depan pasar itu.

Rompakan itu menyebabkan mangsa mengalami kerugian sebanyak RM40,000.

-K!ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!