About Me

Buat aduan jika premis perniagaan, kilang ingkar arahan sekatan penuh pergerakan


KUALA LUMPUR: Kerajaan mewujudkan talian hotline bagi membolehkan orang ramai membuat aduan jika ada mana-mana premis perniagaan atau kilang yang melanggar arahan sekatan pergerakan penuh.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia termasuk bagi kesalahan beroperasi lebih waktu, beroperasi dengan lebih 60 peratus pekerja dan juga beroperasi walaupun telah diarahkan tutup.

“Aduan itu akan disalurkan terus kepada Malaysian Government Call Centre (MyGCC) menerusi talian 03-80008000, 80008000@mygcc.gov.my atau emel ke aduan.pematuhan.mkn.gov.my,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.

Menurut Ismail Sabri, ia adalah susulan tindakan yang diambil beberapa kementerian sehingga 1 Jun Ialu ke atas kilang atau premis perniagaan yang ingkar arahan kerajaan sepanjang total lockdown.

“Banyak isu yang berkaitan dengan industri, premis perniagaan yang tiada dalam senarai perkhidmatan perlu telah beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

“Kerajaan sentiasa memandang serius mengenai isu-isu pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) dan sebagainya.

“Saya baru sahaja selesai mempengerusikan mesyuarat Strategi Pematuhan SOP COVID-19 hari ini bagi memastikan tindakan agensi penguatkuasaan dan pematuhan dalam kalangan pemilik premis perniagaan dan sektor perkilangan,” jelasnya.

Beliau menjelaskan, Task Force Operasi Pematuhan ini akan memfokuskan kepada pematuhan dan perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan.

- Awani 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!