About Me

Buang kerja antara cadangan terhadap pegawai sertai aktiviti sosial - JIPS


Kuala Lumpur: Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) akan mengesyorkan tindakan keras diambil terhadap pegawai polis yang ditahan kerana menyertai aktiviti sosial di sebuah hotel mewah di ibu kota, Ahad lalu.

Pengarahnya, Datuk Zamri Yahya berkata, cadangan tindakan keras itu termasuk dibuang kerja ke atas dua pegawai terbabit kerana berterusan ingkar dengan arahan jabatan sedangkan mereka sebagai pegawai polis perlu menunjukkan teladan yang baik.

Menurutnya, mereka yang ditahan itu seorang berpangkat Deputi Superintendan (DSP), dua Inspektor dan seorang anggota kerana menyertai aktiviti sosial di sebuah hotel mewah di ibu kota.

"Jadi ia menjadi satu kesalahan kerana melanggar arahan sekatan pergerakan penuh (SPP) dan melanggar arahan jabatan supaya tidak terbabit dalam kegiatan tidak sihat.

"Mereka juga sepatutnya mencegah perkara itu tetapi sebaliknya berlaku dan atas sebab itu mereka melakukan tiga kesalahan ini," katanya ketika ditemui di Pejabatnya, di sini, hari ini.

Zamri berkata, lebih menyedihkan dua orang yang ditahan berpangkat DSP dan Inspektor itu memiliki kesalahan lampau dan sudah siasat serta diambil tindakan.

"Jadi mereka ini orang yang berterusan melanggar peraturan dan undang negara dan sebab itu kita syorkan mengenakan tindakan keras ke atas mereka," katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan dua pegawai polis yang pernah ditahan berkaitan Geng Nicky sebelum ini ditahan sekali lagi kerana menyertai aktiviti sosial di sebuah hotel mewah di ibu kota, Ahad lalu.

Mengenai serbuan dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi itu, seramai 32 individu ditahan membabitkan 20 orang awam, lapan warga asing dan empat anggota PDRM terbabit.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!