About Me

Bomba selamatkan wanita dikurung suami alami tekanan


Seremban: Bomba menyelamatkan seorang wanita dikurung suaminya yang dipercayai mengalami tekanan, di rumah mereka di Taman Nusa Intan, Senawang di sini, malam tadi.

Turut diselamatkan dua anak pasangan itu yang berusia setahun dan empat bulan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Senawang, Zainurin Sarip berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada 8.51 malam dan tiba di kediaman berkenaan sembilan minit kemudian.

Katanya, lelaki berusia 31 tahun yang kehilangan kerja sebagai jurujual kereta sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 pada Mac tahun lalu, dipercayai mengurung isteri dan anaknya sejak pagi.

"Dia mengunci pagar, pintu gril dan pintu belakang dari dalam serta tidak membenarkan isteri serta anak mereka keluar, termasuk mengambil makanan yang dipesan sejak pagi.

"Pada mulanya kami cuba memujuk lelaki itu tetapi dia tidak mengendahkannya, malah pujukan abang kandungnya dari Mambau juga tidak berjaya.

"Selepas 15 minit, kami terpaksa umpil dan memotong kunci mangga pintu gril. Tiga beranak terbabit diselamatkan serta terus dihantar ke rumah jiran," katanya di sini, hari ini.

Berdasarkan maklumat mangsa, suaminya dilihat mula berubah selepas hilang pekerjaan dan tekanan dialami memuncak sejak beberapa hari lalu, bahkan bertindak merosakkan telefon bimbit wanita itu.

"Lelaki terbabit didakwa enggan isterinya berhubung dengan dunia luar. Terdapat makanan yang dihantar penghantar makanan juga terbiar di pagar rumah," katanya.

Zainurin berkata, tiada kejadian tidak diingini berlaku sepanjang penyelamatan itu dan lelaki terbabit diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, sebelum dibawa pulang ke rumah abangnya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!