About Me

Bersemangat jual kek walaupun kaki kudung


Kajang: Tiada istilah putus asa dalam hidup Azizan Rahman walaupun hidup dengan hanya sebelah kaki.

Pemuda berusia 33 tahun itu tidak betah untuk duduk diam demi meneruskan kelangsungan hidup.

Azizan kini menjual kek di hadapan sebuah bank bagi menyara hidupnya.

"Saya tinggalkan keluarga di Perak untuk mencari rezeki dengan menjual kek kerana ia dilihat pekerjaan yang sesuai dengan keadaan diri.

"Sejak lebih setahun lalu, saya berdikari melakukan semua perkara walaupun perlu bertongkat untuk bergerak," katanya ditemui hari ini.

Azizan yang juga atlit para badminton kerusi roda yang mewakili Perak pada Sukan Malaysia (Sukma) 2018 bersyukur kerana hasil usahanya membuahkan hasil.

Katanya, dia tidak hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

"Kemalangan motosikal pada 2008 menyebabkan kaki kanan kudung dan ia mengubah sepenuhnya hidup saya.

"Hampir setahun saya cuba untuk bangkit dan akhirnya, saya menerima ketentuan Allah SWT," katanya.

Beliau berkata, kek akan dihantar pengusaha di Semenyih dan dijual pada harga RM10 setiap satu.

Katanya, masyarakat tidak henti memberikan sokongan dan membeli kek jualannya yang dijual bermula jam 8 pagi hingga jam 5 petang.

"Saya mahu buktikan kekurangan yang dimiliki bukan alasan untuk berdiam diri tanpa berusaha untuk bangkit meneruskan hidup.

"Walaupun mencabar terutamanya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun saya tabah demi kelangsungan hidup," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!