About Me

Berlumuran darah pergi balai polis


SEBERANG PERAI – Seorang pemandu lori cedera parah selepas lengan kanannya ditetak dengan sebilah parang oleh rakannya di Taman Cantik, Butterworth di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa berusia 31 tahun terpaksa menerima 37 jahitan selepas dilibas dengan parang sepanjang 40 sentimeter (sm).

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu selepas mangsa pergi ke Balai Polis Butterworth dalam keadaan berlumuran darah sebelum dia dikejarkan ke hospital.

Beliau berkata, siasatan mendapati, kejadian berlaku selepas mangsa terserempak kenalannya berusia 39 tahun itu yang telah bertanya apa yang mangsa mahukan.

“Mangsa menjawab dia tidak mahu apa-apa sebelum dipukul dengan topi keledar dan dia segera beredar dengan motosikalnya.

“Apabila sampai di kawasan Taman Cantik, tiba-tiba suspek melanggar motosikal mangsa dari belakang dengan motosikal sebelum suspek mengeluarkan sebilah parang dan melibas sehingga kena lengan kanan mangsa.

“Mangsa terus memecut motosikal menuju ke balai polis bagi menyelamatkan dirinya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Noorzainy berkata, akibat kejadian itu, lelaki itu terpaksa menerima 37 jahitan apabila lengan kanannya mengalami luka sepanjang kira-kira 10 sm dan sedalam 2 sm.

“Polis juga telah menahan suspek yang didapati positif dadah dan mempunyai dua rekod berkaitan dadah tersebut di Taman Cantik serta merampas sebilah parang sejurus menerima laporan.

“Bagaimanapun, punca kejadian tidak dapat dikenalpasti kerana mangsa tidak tahu dan dia tiada masalah dengan suspek serta hanya syak suspek adalah penagih dadah,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

 – K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!