About Me

Beri peluang peniaga beroperasi semula


Kuala Lumpur: Peniaga di negeri yang merekodkan angka positif Covid-19 rendah wajar dibenarkan beroperasi semula.

Presiden Pertubuhan Usahawan Islamiah Malaysia, Tengku Imran Tengku Zainal Abidin berkata, keadaan ini membolehkan rantaian perniagaan kembali berfungsi selepas lebih sebulan tidak beroperasi.

Menurutnya, ini secara tidak langsung memulihkan kembali ekonomi domestik peniaga kecil yang begitu terkesan dengan penutupan ekonomi sekarang.

"Tidak adil untuk negeri yang merekodkan kes rendah terus menutup operasi sedangkan ia boleh beroperasi kembali.

"Peniaga kecil sudah ramai yang lumpuh dan tiada modal pusingan untuk menanggung sewa dan komitmen lain," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mengambil kira penurunan keseluruhan kes positif sebelum membuka semula ekonomi domestik adalah tidak wajar.

Katanya, tidak adil untuk peniaga kecil terus didera sebegini dan mengharap simpanan yang semakin menyusut untuk berniaga.

"Kerajaan wajar pertimbangkan membuka semula perniagaan kerana peniaga kecil ini adalah tunjang kepada ekonomi negara.

"Bantuan kerajaan tidak boleh menampung kos operasi dan kebenaran berniaga semula boleh menggerakkan ekonomi yang semakin lumpuh," katanya.

Tengku Imran berkata, wujudkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan pasti ia akan dipatuhi kerana apa yang lebih utama adalah menjana semula pendapatan.

Tambahnya, penutupan lebih lama perniagaan hanya menyebabkan pengangguran semakin bertambah dan ekonomi akan terus tenat.

"Jangan hanya utamakan industri besar sedangkan peniaga kecil juga penyumbang kepada hasil dan cukai negara," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!