About Me

Berasa hilang separuh nyawa selepas pakai PPE


Melaka: "Sedangkan dengan memakai PPE (pakaian perlindungan diri) ringkas sahaja saya sudah berasa hilang separuh nyawa, apatah lagi jika mengenakan PPE lengkap.

"Saya bayangkan jika saya berada dalam barisan hadapan menangani Covid-19, saya tidak sanggup meneruskan perjuangan. Oleh itu, saya minta kita bersama-sama membantu barisan hadapan memutuskan rantaian pandemik berbahaya itu," kata petugas Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Pantai Kundor, Tanjung Kling di sini, Azmi Leman, 52.

Dia dan rakannya, Mohd Muaz Baharuddin, 32, mengenakan PPE ringkas ketika menjalankan kerja sanitasi di empat surau dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor, di sini, hari ini.

Azmi berkata, peralatan itu bukan setakat panas, malah menyebabkan pernafasannya agak tersekat berikutan terpaksa memakai pelitup muka dan perisai wajah yang agak merimaskan.


Katanya, dia tetap tabah menghadapi kesukaran itu semata-mata untuk memastikan surau berkenaan disanitasi secara sempurna.

Mohd Muaz berkata, dia pertama kali memakai PPE hari ini dan mengakui hanya melihat sahaja petugas kesihatan mengenakan pakaian perlindungan diri itu sebelum ini.

"Bagaimana rasanya petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti doktor, jururawat, pembantu perubatan dan sukarelawan yang memakai PPE dan bertugas siang malam melawan Covid-19?

"Saya sendiri tidak mampu memakai pakaian ini sepanjang masa dan sudah tentu akan cepat marah jika melihat sesiapa yang tidak mempedulikan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-19," katanya.

Katanya, beliau meminta anggota komuniti supaya sentiasa mematuhi SOP berkenaan dan tidak keluar rumah kecuali ada urusan amat penting.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan berkata, dia dan petugas Japerun mengambil inisiatif mempelajari kaedah memasang peralatan mengepam bahan sanitasi daripada pihak tertentu.

"Kami belajar dan kami pasang sendiri peralatan yang kami beli untuk memastikan bahan cecair sanitasi itu boleh disemburkan pada surau dan masjid bagi membantu menangani penularan pandemik Covid-19," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!