About Me

Bela nasib si bulus


ISU berkait dengan kucing jalanan menarik perhatian peminat tegar haiwan itu, Abdul Raimi Abd Kadir, 29, apabila memulakan satu gerakan komuniti dinamakan Projek Haiwan Jalanan.

Menurut Pensyarah Klinikal Diploma Pembantu Perubatan di Pusrawi International University College (PICOMS) itu, inisiatif berkenaan bermula 23 Mac lalu apabila menyedari banyak pusat perlindungan haiwan turut terjejas ketika pandemik.

"Projek Haiwan Jalanan ini adalah inisiatif saya sendiri untuk membantu kucing-kucing jalanan di pusat perlindungan haiwan.

"Modus operandi pada awalnya adalah membantu menyerahkan sumbangan baik dalam bentuk barangan mahupun dana kepada pusat berkenaan dengan harapan ia mampu terus beroperasi dan memberi khidmat kepada 'voiceless creatures' (makhluk yang tidak mampu bersuara) ini.

"Saya melihat implikasi andai pusat ini tidak dapat beroperasi dengan lancar atau diteruskan perkhidmatannya, haiwan jalanan seperti kucing dan anjing yang dibuang tidak ada tempat untuk diletakkan.

"Maklumlah kebelakangan ini, ramai pemilik tidak lagi mampu memelihara atas pelbagai faktor termasuk haiwan yang sakit dan pembiakan tidak terkawalmenyebabkan ia tidak lagi terjaga," katanya yang turut memelihara 11 ekor kucing di kediamannya.

Tambah Abdul Raimi, beliau bergerak atas kapasiti individu selain dibantu saudara perempuannya dalam usaha menyalurkan bantuan atau sokongan kepada pusat pelindungan yang sudah beroperasi.

ABDUL Raimi bersama pemilik Rumah Kucing Puan Aida.
MENDENGAR penerangan seorang pemilik rumah pelindungan haiwan .
BERSAMA kucing di sebuah pusat perlindungan.

"Ketika ini saya bergerak bersama adik perempuan, Nurliyana Abd Kadir dengan menyalurkan sumbangan makanan dan palet kayu serta pasir untuk kucing.

"Sudah ada tiga pusat pelindungan haiwan jalanan yang menerima sumbangan daripada projek ini iaitu Persatuan Half Way Home for Furly Stray di Subang Jaya, Rumah Kucing Puan Aida di Seksyen 9 dan Shelter S.I di Seksyen 26 Shah Alam.

"Selepas ini saya merancang untuk wujudkan Tabung Haiwan Jalanan Khas yang mana kutipan itu disalurkan terus kepada rumah pelindungan pula," katanya.

Tidak cukup sekadar itu, bagi memastikan kelangsungan tabung berkenaan, beliau kini turut merancang untuk wujudkan projek keusahawanan sosial dengan menjana pendapatan menerus produk makanan kucing.

"Perancangan untuk kembangkan projek ini ke beberapa projek khas termasuklah ingin wujudkan kolaborasi bersama institusi pengajian bagi membantu pusat pelindungan terbabit.

"Saya fikirkan juga untuk tubuhkan skuad penyelamat bagi membantu haiwan jalanan yang sakit atau menjadi mangsa kepada kekejaman manusia," katanya.

Harapannya menerusi projek itu orang ramai akan menyedari kewujudan pusat pelindungan dan menghulurkan bantuan dan sokongan kepada pihak berkenaan.

"Selain membantu meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pusat pelindungan haiwan yang beroperasi, pemilik haiwan peliharaan juga perlu sedar pentingnya proses 'kembiri' atau 'kasi' bagi mengawal kuantiti sepadan dengan kapasiti mereka.

"Selain itu mahu cari jalan dan solusi jangka masa panjang mengenai haiwan jalanan," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!