About Me

Bayi tiga bulan cedera didakwa didera pengasuh


ISKANDAR PUTERI – Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan mengalami pendarahan pada bahagian otak dan kepala disyaki didera pengasuh di sebuah pangsapuri di Gelang Patah di sini.

Kejadian disedari ibu mangsa, Farah Akila Ibrahim, 31, pada pukul 9.30 malam, 22 Mei lalu selepas suaminya mengambil anak mereka dari rumah pengasuh.

Menurut Farah Akila, suaminya mendapati anak bongsu tiga beradik itu lemah 20 minit kemudian selepas mangsa bangun tidur.

“Keadaannya lembik, matanya memandang ke atas dan ke kanan seperti nyawa-nyawa ikan.

“Semasa menghantar anak ke rumah pengasuh dia sihat dan ceria,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Pasangan itu kemudian membawa bayi mereka ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan sebelum doktor mengesahkan terdapat pendarahan di kepala bayi tersebut.

Jelas Farah Akila, anaknya dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan menerima rawatan selama 11 hari di sana.

“Syukur anak saya tidak cedera parah cuma ada sedikit pendarahan pada otak dan kepala. Kini keadaannya sudah semakin baik, namun trauma,”katanya.

Farah Akila berkata, dia menghantar bayinya itu selepas habis berpantang ke rumah pengasuh yang berdekatan dengan restoran miliknya di kawasan sama pada awal Mac lalu.

Jelasnya, dia dan suaminya ada bertanyakan kepada pengasuh itu mengenai keadaan anaknya.

Susulan kejadian itu, Farah Akila membuat laporan di Balai Polis Bukit Indah, di sini pada 23 Mei lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, kes masih dalam siasatan.

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!