About Me

Bapa bayi tertukar buat laporan polis


SHAH ALAM: Bapa bayi lelaki yang dilaporkan tertukar dengan bayi lain di sebuah hospital swasta di sini semalam sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada pukul 9 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib yang mengesahkan menerima laporan berkata, bapa bayi berkenaan melaporkan dia perasan nama ibu pada tag nama bayi berkenaan bukan nama isterinya.

Bagaimanapun, beliau yang ditanya adakah pihak polis akan memanggil pihak hospital swasta berkenaan untuk rakaman percakapan memberitahu, arahan lanjut mengenainya hanya akan dibuat selepas menerima maklum balas daripada pihak mahkamah.

“Buat masa ini kita mengklasifikasikan siasatan kes ini sebagai rujuk mahkamah,” katanya hari ini.

Pasangan suami isteri terbabit cemas selepas menyedari anak kedua mereka yang dilahirkan Jumaat lalu di sebuah hospital swasta di sini, tertukar dengan bayi lain, semalam.

Kejadian itu dikongsikan usahawan wanita, Siti Suriani yang dikenali sebagai Siti Jamumall melalui satu perkongsian di Facebook (FB) Live bermula pukul 7.40 malam semalam.

Menurut wanita berkenaan, dia melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 2.36 pagi dan pulang bersama bayi semalam selepas dibenarkan oleh pihak hospital.

Namun, pasangan suami isteri itu hanya menyedari bayi terbabit bukan anak mereka ketika suaminya mahu memotong tanda nama pada kaki bayi itu yang mendapati ia tertera nama wanita lain.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan komen daripada pihak hospital swasta berkenaan gagal apabila mereka enggan mengulas lanjut. 

– UTUSAN ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!