About Me

'Asal ayah tak nangis...'


Kuala Nerus: "Sudah lama tidak bawa ayah pusing bandar dan makan roti canai, maklumlah sekarang Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) sedang berkuat kuasa," kata Mohd Farhan Ab Hamid ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Pak Jin, Tepoh, semalam.

Kesungguhan Mohd Farhan, 30, menjaga dan melayan bapanya, Ab Hamid Mat Husin, 64, yang diserang angin ahmar dan terlantar sebelum ini pernah tular di media sosial.

Mohd Farhan mendapat pujian warganet selepas gambarnya membawa bapa di dalam raga motosikal untuk ke kedai makan dan bersiar-siar dikongsi di internet.

Katanya, sejak kisahnya menjadi tular dan dilaporkan di media cetak, ramai yang tampil memberi sumbangan kepada keluarganya.

"Maklumlah kerana perlu menjaga bapa, saya tak dapat berkerja secara tetap seperti orang lain.

"Sekarang saya hanya berkerja sambilan sebagai tukang sapu dengan kontraktor kebersihan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

"Jika dipanggil untuk berkerja saya akan bekerja, tetapi jika khidmat saya tidak diperlukan, saya akan berada di rumah menjaga bapa," katanya.

Tambahnya, sejak PKP berkuat kuasa dia tidak dapat membawa bapanya mengelilingi bandar dan menikmati roti canai seperti kebiasaannya sebelum ini.

"Jika ayah mengamuk dan terlalu bosan, saya terpaksalah membawanya bersiar-siar sekitar kawasan kampung.

"Bimbang juga jika perbuatan itu diambil tindakan pihak berkuasa, tetapi saya terpaksa beranikan diri untuk memastikan ayah tidak mengamuk dan menangis.

"Lagipun saya mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan tidak jumpa orang luar cuma membawa ayah dengan motosikal mengelilingi kawasan rumah," katanya.

Menurutnya, dia menjaga bapanya sejak lima tahun lalu selepas bapanya diserang angin ahmar dan lumpuh.

"Memang sukar untuk menjaga bapa yang uzur, tetapi sebagai anak ia menjadi kewajiban saya.

"Saya bersyukur kerana isteri, Maziana Abdul Manan, 36, dan anak, Nur Aleya Qalesya, 6, memahami tanggungjawab saya menjaga bapa yang uzur itu," katanya.

Bercerita lanjut, katanya, dia tidak mungkin mampu menjaga bapa sekiranya tidak mendapat sokongan dan dorongan isteri.

"Saya bertuah kerana dikurniakan isteri yang memahami dan sentiasa ada bersama saya di saat susah dan senang.

"Kadang-kadang jika saya berkerja, isteri yang akan menguruskan bapa di rumah, tetapi sekarang isteri sedang mengandung anak kedua menyebabkan saya yang menguruskan bapa sepenuhnya," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!