About Me

Arab Saudi hanya benarkan 60,000 jemaah haji


Riyadh: Arab Saudi akan mengehadkan pendaftaran jemaah haji tahun ini hanya kepada warga negara dan penduduk tetap Arab Saudi berikutan pandemik Covid-19 yang masih berterusan.

Kementerian Kesihatan dan Haji hari ini mengumumkan hanya 60,000 jemaah dibenarkan mengerjakan ibadah berkenaan tahun ini.

Ia menjelaskan bahawa mereka yang berhasrat mengerjakan rukun Islam kelima itu perlu bebas dari sebarang penyakit kronik, berusia antara 18 dan 65 tahun serta sudah mendapatkan vaksin Covid-19 mengikut peraturan ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

Arab News melaporkan, keputusan berkenaan adalah berdasarkan kepada kesungguhan kerajaan untuk membolehkan jemaah dan pengunjung menziarah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi untuk melakukan ibadah Haji dan Umrah.

"Kerajaan juga mengutamakan kesihatan dan keselamatan manusia," kata kementerian itu.

Musim haji bermula Julai ini.

Setakat ini, Indonesia dan Singapura menangguhkan hasrat menghantar jemaah haji tahun ini dan langkah berkenaan diikuti Malaysia selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mengeluarkan kenyataan hari ini yang akur serta menghormati keputusan kerajaan Arab Saudi yang hanya membenarkan ibadah haji dijalankan bagi warganegara Saudi dan penduduk negara lain yang telah berada dalam negara itu.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!