About Me

Ambulans bawa bayi terbabit kemalangan


Kulim: Dua bayi dan dua wanita serta tiga kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selamat selepas ambulans dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan kereta di simpang empat Kulim Hi-Tech, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada 10.53 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech yang diketuai Mohd Yusri Yusof tiba di lokasi tidak lama kemudian.

"Terdapat empat orang dalam ambulan iaitu dua bayi dan dua wanita serta tiga kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala seorang lagi adalah wanita dipercayai pemandu kereta berkenaan yang berusia 50-an di lokasi," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ketiga-tiga kakitangan KKM itu serta dua wanita berkenaan cedera ringan manakala kedua-dua bayi itu tidak cedera.


"Bagaimanapun identiti kesemua mereka dalam ambulans itu tidak diperolehi setakat ini," katanya.

Mohamadul Ehsan berkata, ambulans itu dipercayai dari Klinik Kesihatan Padang Kulim dan mangsa cedera dihantar ke Hospital Kulim.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!