About Me

Alunan zikir kanak-kanak empat tahun tarik perhatian ramai


Kuala Lumpur: Biarpun baru berusia empat tahun, kanak-kanak lelaki ini fasih melontarkan alunan zikir sehingga menarik perhatian ramai dengan kelancarannya.

Menurut ibunya, Siti Norul Aini Hasmidar Md Razali, 31, berkata, dia mula menyedari anaknya, Ahmad Ammar Ahmad Muzani, 4, berminat dengan alunan zikir sejak berusia setahun.

"Alhamdulillah, bapa Ammar sering menghidupkan suasana rumah dengan alunan zikir, selawat dan juga tilawah Al-Quran.

"Malah, kami juga membiasakan mereka memanfaatkan dalam kereta dan sentiasa mengalunkan zikir, selawat dan tilawah bersama anak-anak," katanya, ketika dihubungi Harian Metro.


Siti Norul Aini berkata, walaupun Ahmad Ammar mempunyai masalah pertuturan yang kurang jelas dan lambat berbanding adik beradik yang lain, dia mempunyai kelebihan dalam berzikir dengan sebutan yang jelas dan terang.

Alunan daripada album zikir dan selawat yang dipasang oleh bapanya, Ahmad Muzani Abd Rahman, 31, di dalam kereta turut memainkan peranan dalam menarik minat kanak-kanak cilik ini dalam berzikir serta berbahasa Arab.

"Saya juga menyedari bahawa Ahmad Ammar ini lebih cenderung dalam berbahasa Arab, kerana dia akan bertutur dalam bahasa Arab sekiranya inginkan sesuatu.

"Melihat kepada kefasihan Ahmad Ammar, saya percaya bahawa anak-anak akan menjadi lebih bersikap terbuka dan senang untuk menerima pelajaran sekiranya mereka dididik sejak kecil,

"Selain berzikir dan berselawat menjadi kebiasaan buat Ammar, dia juga sangat gemar melakukan aktiviti seperti menulis, melukis dan mewarna," katanya.

Siti Norul Aini yang menetap di Durian Burung, Terengganu berkata, mereka tidak mempunyai waktu yang tetap untuk mengajak anak-anak berzikir, bahkan akan serta merta berkumpul bersama bapa untuk sama-sama berzikir.

Sebagai ibu kepada lima anak, Siti Norul Aini berkata, dia juga tidak mempunyai doa yang khusus dalam membentuk anak dalam mencintai zikir dan selawat ini.

Katanyah, dalam memupuk anak-anak mendalami ilmu agama ini, dia dan suami lebih cenderung dalam menunjukkan teladan serta contoh yang baik kepada anak-anak mereka.

"Sekiranya kami ingin solat atau mengaji, kami akan pastikan bahawa anak-anak akan ada bersama kerana ia akan menjadi contoh yang baik untuk mereka,

"Selain kami suami isteri, kakak dan abang Ammar juga memainkan peranan dalam memupuk adik beradik lain dalam suasana mencintai zikir dan selawat," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!