About Me

Alih kawat berduri PKPD untuk ziarah ibu


TUMPAT – Seorang lelaki ditahan selepas didapati mengalihkan kawad berduri di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Kutan Tengah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab. Rashid Mat Daud berkata, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan pada pukul 7 petang ketika sedang menunggang motosikal sebelum cuba mengalihkan kawad berduri untuk masuk ke kawasan itu.

Katanya, siasatan terhadap suspek mendapati, dia yang menyewa di Pasir Mas ingin masuk ke kawasan PKPD itu untuk bertemu dengan ibunya.

“Lelaki itu juga mengaku sudah beberapa kali mengalihkan kawad berduri yang telah dipasang di kawasan itu untuk menziarahi ibunya.

“Ujian saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai sembilan rekod lampau berkait kes jenayah kekerasan dan dadah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan lawatan di sekitar kawasan PKPD Kampung Kutan Tengah di sini hari ini.

Menurut Ab. Rashid, lelaki itu kini direman selama tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat, 269 Kanun Keseksaan selain ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu Peraturan 6 Akta 342. 

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!