About Me

Ajal ketika menunggu makanan


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki meninggal dunia secara mengejut ketika menunggu pesanan makanan di sebuah restoran sekitar Taman Sri Bintang, di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4 petang itu, mangsa, Cheah Kum Seng, 49, yang tinggal di sekitar Taman Sri Kepong Baru disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kematian mangsa tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

“Siasatan awal mendapati, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal dan tiada tanda-tanda yang dikaitkan dengan unsur jenayah.

“Mangsa telah ke restoran terbabit untuk membungkus makanan kira-kira pukul 3.30 petang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, ketika menunggu makanan yang dipesan, mangsa tiba-tiba terjatuh dari kerusi dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pemilik restoran telah menghubungi ambulans dan pasukan perubatan dari HKL telah mengesahkan mangsa meninggal dunia.

“Bedah siasat yang dijalankan mendapati mangsa mengalami serangan jantung dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” jelasnya.

- K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!