About Me

Agong titah Parlimen perlu diadakan segera


PETALING JAYA- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-​Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun di Istana Negara sebentar tadi.

Turut hadir pada sesi menghadap bermula pukul 11 pagi itu ialah Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad serta dua Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon serta Datuk Seri Azalina Othman Said.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Ini bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinan Darurat yang telah dikeluarkan dapat dibentang di Parlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

“Selain itu, Seri Paduka menzahirkan pandangan bahawa semua Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan Parlimen ke-14 hendaklah meneruskan sesi mesyuarat untuk pelaksanaan mekanisme semak dan imbang bagi menjamin takbir urus telus serta dan bertanggungjawab,” katanya.

Sesi menghadap tadi dibuat susulan daripada sesi Perbincangan Khas Raja-Raya Melayu pada 16 Jun lalu. 

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!