About Me

'Aduhai cik misi, RM94,000 lesap...'


Port Dickson: Seorang jururawat mendakwa kerugian RM94,000 akibat ditipu sindiket Macau Scam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, wanita berusia 31 trahun itu membuat laporan polis pada 5 Jun lalu mendakwa ditipu sindiket menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"Mangsa menerima panggilan daripada nombor talian mudah alih yang mendakwa daripada LHDN dan memaklumkan dia mempunyai tunggakan cukai RM38,600.90 berkaitan syarikat didaftarkan atas namanya.

"Mangsa menafikan perkara ini dan panggilan disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuantan untuk tujuan membuat laporan polis secara dalam talian," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya bercakap dengan pegawai polis berpangkat Asisten Komisioner dan diminta untuk memuat turun pautan aplikasi MyBNM.

Menurutnya, dalam aplikasi itu, pengadu kemudiannya memasukkan butiran nama dan nombor kad pengenalan miliknya.

"Aplikasi ini dikatakan untuk tujuan keselamatan supaya wang di dalam akaun mangsa tidak ditolak untuk tunggakan cukai itu.

"Bagaimanapun, apabila membuat semakan dengan pihak bank, wanita itu mendapati wang simpanan di dalam salah satu akaun miliknya sudah dipindahkan kepada beberapa akaun tidak dikenali dalam 11 transaksi dengan jumlah keseluruhan RM94,000," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, katanya, polis menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai panggilan memaklumkan mereka sebagai badan penguat kuasa atau institusi kewangan.

Selain itu, mereka diminta tidak mendedahkan butiran perbankan kepada pihak tidak dikenali bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!