About Me

'Adik sempat ajar murid baca al-Quran'

Ipoh: "Arwah adik sempat membuat panggilan video bersama muridnya untuk sesi pembelajaran al-Quran secara dalam talian," kata Abu Bakar Sideq Mohd Tahir, 33, abang kepada wanita yang maut selepas kereta dipandu dirempuh lori di Jalan Chemor-Jelapang di sini, hari ini.

Anak sulung daripada dua beradik itu berkata, arwah adiknya mengajar di sebuah sekolah agama di Manjung, dekat sini.

Katanya, ketika kejadian adiknya dalam perjalanan pulang ke rumah keluarga mereka di Batu 7, Jalan Tanjung Tualang.

"Arwah adik tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara cuma ketika berada di rumah saya dia sempat mengajar muridnya dengan membuat panggilan video.

"Dia memegang al-Quran untuk menyemak bacaan muridnya," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Bercerita lanjut, Abu Bakar berkata, adiknya keluar dari rumahnya selepas bersarapan, sebelum dia menerima panggilan daripada polis memaklumkan kejadian menimpa adik kira-kira jam 11 pagi.

"Ketika itu saya belum mengetahui keadaan sebenarnya kerana dimaklumkan adik tidak sedarkan diri dan bergegas ke lokasi kejadian.

"Bagaimanapun, Allah lebih menyayanginya dan kami sekeluarga menerima ketentuan ini seadanya, rasa sedih memang ada tetapi kita memahami dalam agama ini sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya dan Allah S.W.T akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik Insya Allah," katanya.

Katanya, bedah siasat dijalankan hari ini dan jenazah dijangka dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Tersusun Batu 6, Jalan Tanjung Tualang.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!