About Me

Abam bomba selamatkan tiga beranak terperangkap dalam kebakaran


Johor Bahru: Tiga beranak termasuk seorang ibu dan dua anaknya nyaris maut selepas terperangkap dalam kebakaran di tingkat dua rumah mereka di Jalan Permas 1/2, Taman Permas Jaya di sini, tengah hari tadi.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 12.45 tengah hari itu, tiga beranak terbabit berjaya diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor berkata, dalam kejadian itu, Lee Ai Nguk, 49, bersama anak perempuan Ho Hui Ci, 18, dan anak lelaki, Ho Weng Hup, 14, terperangkap di tingkat dua rumah teres itu.

Menurutnya, dua jentera bomba (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Johor Jaya dan BBP Pasir Gudang dengan kekuatan 19 anggota dikejarkan ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan.

Katanya, siasatan awal mendapati kebakaran membabitkan sebuah bilik di tingkat atas.

"Anak lelakinya yang sedang tidur ketika kebakaran hanya menyedari kejadian itu selepas terhidu asap namun gagal menyelamatkan diri kerana asap tebal," katanya.

Beliau berkata, tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan nyawa tiga beranak berkenaan.

"Anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran dan menyelamatkan semua mangsa yang terperangkap.

"Dalam kejadian berkenaan wanita itu dan anak perempuannya sesak nafas akibat terhidu asap selain turut mengalami kecederaan ringan kerana cuba menyelamatkan mangsa dalam bilik yang berkunci itu.

"Remaja lelaki itu ditemukan dalam keadaan lesu dan tidak bermaya terduduk di jeriji tingkap selain mangsa tidak dapat ingat kembali apa yang berlaku," katanya.

Katanya, semua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan susulan.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan pada 1.33 tengah hari," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!