About Me

917 individu dikompaun, 49 direman ingkar SOP - Ismail Sabri


KUALA LUMPUR : Polis menahan seramai 970 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu seramai 917 individu dikompaun, 49 direman, serta empat lagi yang lain dijamin.

“Antara kesalahan yang direkodkan termasuk tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal, dan rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Manakala mengenai Op Benteng pula, seramai 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditahan termasuk merampas lima buah kenderaan darat.

Seramai 380 individu telah pulang ke tanah air menerusi pintu masuk antarabangsa dan kesemua mereka telah diarah menjalani proses kuarantin wajib.

Pada Isnin, seramai 21 warga asing telah menjalani ujian saringan dan daripada jumlah itu, enam individu dilaporkan positif COVID-19.

Secara kumulatifnya, seramai 698,491 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan melibatkan 36,177 majikan.

Daripada jumlah itu juga, 10,339 individu turut disahkan positif.

- Awani 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!