About Me

8,015 Pati ditahan dalam tempoh enam bulan


Langkawi: Seramai 8,015 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan di seluruh negara bagi tempoh Januari lalu sehingga 18 Jun lalu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, daripada jumlah itu seramai 4,877 ditahan menerusi operasi, manakala 3,138 ditahan di pintu masuk dan serahan ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

"Warga Indonesia adalah yang teramai ditahan dengan 2,101 orang, diikuti Bangladesh (850), Filipina (868), Myanmar (295), India (212) dan Thailand (99) manakala, selebihnya warga Vietnam, Nepal, Pakistan, China dan lain-lain.

"Kejayaan ini hasil operasi besar-besaran dilakukan JIM dengan kerjasama agensi lain dan program Rekalibrasi," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, Hamzah menyertai program lawatan pemantauan dan pemeriksaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 di pulau bebas cukai itu yang turut disertai Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

JIM bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut melakukan Op Cantas di sekitar Langkawi bermula semalam dan sudah berjaya menahan 28 Pati membabitkan 23 lelaki dan lima wanita warga Myanmar, Thailand, Bangladesh serta Indonesia.

Dalam pada itu, Hamzah berkata, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan kerjasama Pasukan Sempadan Australia (ABF) melakukan operasi bersama di perairan Utara Selat Melaka.

Katanya, Operasi Redback yang dilakukan setiap tahun sejak 2011 itu bertujuan memerangi ancaman keselamatan maritim termasuk jenayah penyeludupan dan pemerdagangan manusia.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!