About Me

792 individu ditahan ingkar PKP - Ismail Sabri


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 792 individu pada Selasa kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 781 dikompaun manakala 10 direman dan seorang dibebaskan dengan jaminan.

"Antara kesalahan yang dikesan termasuk tiada penjarakan fizikal yang membabitkan 180 kes dan tidak memakai pelitup muka 170 kes.

"Seramai 135 individu yang lain gagal merekodkan butiran diri atau daftar masuk premis, manakala 102 membabitkan kesalahan rentas daerah dan negeri tanpa kebenaran," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, selain itu, antara kesalahan lain yang dikesan ialah membawa penumpang berlebihan serta pemilik premis gagal patuhi arahan.

- Awani 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!