About Me

6 lelaki dikompaun, polis rampas air ketum


Chukai: Enam rakan perniagaan bukan sahaja tidak sempat menjual bekalan air ketum tetapi turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 seorang kerana berkumpul di belakang sebuah rumah di Binjai di sini, kelmarin.

Enam lelaki berusia antara 21 hingga 35 tahun dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (SPP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dalam serbuan pada 4 petang.

Dalam serbuan sama, polis turut merampas 41 bungkusan air ketum yang dianggarkan bernilai hampir RM1,200.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, serbuan dilakukan pihaknya susulan terdapat aduan mengenai aktiviti itu di kawasan berkenaan.

"Hasil pemantauan, mereka ini sedang berkumpul di belakang rumah terbabit tanpa alasan munasabah sebelum pemeriksaan dijalankan.

"Pemeriksaan lanjut menemui 41 bungkusan plastik berisi cecair warna hijau disyaki air ketum dalam peti sejuk dan hasil soal siasat lelaki berusia 34 tahun mengaku mengambil bekalan berkenaan daripada seorang lelaki di kawasan semak berhampiran sempadan Jerangau-Jabor.

"Kita percaya bekalan ketum ini untuk dijual di sekitar kawasan Binjai dan mereka kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah IPD) Kemaman untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Hanyan berkata, siasatan mendapati seorang daripada yang ditahan itu turut dikehendaki berkaitan satu pertuduhan kes dadah.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Peraturan 17 Akta Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!