About Me

442 kompaun langgar SOP PKP


SHAH ALAM – Sebanyak 442 kompaun telah dikeluarkan kepada individu melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak bulan lalu di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kompaun tersebut dikeluarkan atas kesalahan seperti tidak memakai pelitup muka, tidak mendaftar kehadiran ke sesebuah premis di aplikasi MySejahtera, membawa lebih dua penumpang di dalam kereta dan lain-lain lagi.

“Anggota polis akan sentiasa membuat pemeriksaan di tempat tumpuan awam dan premis bagi memastikan semua pihak mematuhi SOP yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Tidak ada sesiapa yang akan diberi pengecualian sekiranya didapati melanggar SOP,” katanya selepas menghadiri Program Pematuhan SOP PKP 3.0 Fasa Pertama di Stesen Komuter Seksyen 19, di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan sebanyak 1,107 kompaun telah dikeluarkan pihak berkuasa di seluruh negara pada Ahad lalu.

Menurutnya, kompaun yang paling tinggi dikeluarkan adalah kesalahan gagal melakukan penjarakan sosial iaitu sebanyak 267 kompaun. 

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!