About Me

40 anggota polis kawal kilang kayu dikenakan PKPD


ALOR SETAR – Polis menempatkan seramai 40 anggotanya di sebuah kilang kayu di Pokok Sena di sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini hingga 9 Julai depan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kesemua anggota polis itu membuat kawalan 24 jam sehari.

“Sepanjang tempoh PKPD ini, Kementerian Kesihatan (KKM) akan melakukan saringan Covid-19 kepada lebih 1,000 pekerja yang kebanyakannya warga asing dari dua blok di asrama kilang ini,” katanya selepas melawat kilang tersebut di sini hari ini.

Menurut Ahmad Shukri, kilang berkenaan ditutup dan dikenakan PKPD selepas seorang daripada pekerja di situ disahkan positif Covid-19 baru-baru ini. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!