About Me

4 nelayan ditahan, 20 bubu naga dirampas


Parit Buntar: Padah menggunakan alat menangkap ikan yang dilarang, empat nelayan termasuk dua warga Indonesia gagal melarikan diri dan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kurau, kelmarin.

Pengarah APMM Zon Maritim Kuala Kurau Komander Maritim Mohd Sharenliza Ghazali berkata, mereka itu ditahan ketika rondaan rutin pihaknya.

Menurutnya, pasukannya terserempak dengan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di kedudukan 1.8 batu nautika barat laut muara Kuala Kurau.

Katanya, ketika dihampiri terdapat empat nelayan berusia 14 hingga 50 tahun di atas bot terbabit bersama sejumlah peralatan menangkap ikan yang dilarang penggunaannya.


"Pemeriksaan mendapati terdapat 20 bubu naga yang dipercayai digunakan kumpulan nelayan itu.

"Siasatan lanjut juga mendapati dua nelayan Indonesia di atas bot itu menggunakan permit kerja yang sudah tamat tempoh.

"Susulan itu kesemua mereka ditahan bersama barangan rampasan dan dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 11 (3) (b) Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!