About Me

3 termasuk kanak-kanak sesat diselamatkan


Sungai Petani: Tiga termasuk dua kanak-kanak berusia enam dan tujuh tahun diselamatkan selepas dipercayai sesat di kebun Bukit Damar, Taman Semarak, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung khidmat khas itu pada 8.06 malam.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu yang diketuai Mihat Jaafar tiba di lokasi pada 8.17 malam.

"Setibanya di tempat kejadian komander operasi bersama anggota naik ke atas bukit itu untuk mencari dan menyelamat seorang lelaki berusia 33 tahun dan dua kanak-kanak iaitu lelaki dan perempuan.

"Bagaimanapun, ketiga-tiga mangsa berjaya ditemui pada jam 9.54 malam tanpa sebarang kecederaan dan mereka diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, operasi yang disertai tujuh anggota dan pegawai, Muhamad Syukri Hashim itu tamat sepenuhnya jam 10.40 malam.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!