About Me

29 rumah rosak dalam kejadian ribut, hujan batu


SUNGAI PETANI – Kira-kira 29 buah rumah di tujuh kampung di daerah Kuala Muda rosak dalam kejadian ribut dan hujan batu pada petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu melibatkan Kampung Padang Buloh, Kampung Banggol, Kampung Kubang Sapi dan Kampung Padang Mahligai.

Tiga lagi kampung ialah Kampung Alor Perun, Kampung Olak Madu dan Kampung Ekor Lubuk.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, kampung paling teruk terjejas ialah Kampung Padang Buloh melibatkan 11 buah rumah.

“Kita turut menerima laporan enam kejadian pokok tumbang termasuk yang menimpa rumah dan kenderaan,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, tiada kecederaan dilaporkan berlaku dalam kejadian tersebut.

Seorang penduduk, Hamzah Shawal, 67, berkata, kejadian mengakibatkan bumbung rumahnya rosak.

“Saya juga terkejut apabila mendapati berlaku hujan batu dalam kejadian petang tadi,” tambahnya. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!