About Me

27 saman selepas periksa lori tanah


Kuala Selangor: Polis mengeluarkan 27 saman selepas memeriksa lori tanah yang keluar masuk di tapak kuari di Jeram, di sini, semalam.

Tindakan diambil susulan aduan pemilik akaun Facebook yang memuat naik imej tangkap layar operasi lori mengangkut tanah dalam tempoh pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP).

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin berkata, siasatan dan pemantauan dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor.

"Hasil siasatan dan rujukan dari Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kuala Selangor mendapati kebenaran telah diberikan bagi menjalankan kerja-kerja mengeluar, mengalih dan mengangkut bahan batuan (tanah merah) untuk tujuan penyelenggaraan dan pembaikan cerun kepada syarikat bertanggungjawab.

"Malah, kelulusan juga telah dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kerana dikategorikan sebagai 'essential service' (perkhidmatan perlu) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 Jun lalu," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, siasatan lanjut yang dijalankan PDT Kuala Selangor mendapati kerja pengeluaran bahan batuan melanggar syarat yang ditetapkan MITI.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pihak yang berkongsi maklumat itu di laman sosial.

Terdahulu, media melaporkan kira-kira 800 penduduk di Taman Pekerti dan Taman Permai, Jeram, di sini, resah susulan puluhan lori tanah keluar dan masuk untuk aktiviti mengangkut tanah dari kuari terbabit.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila keadaan laluan di dua taman perumahan teruk dan berdebu apabila cuaca panas serta berlumpur pada musim hujan.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!