About Me

21 individu berpesta di pusat hiburan ditahan


KOTA KINABALU – Akibat berpesta menyambut hari jadi, 21 individu ditahan di sebuah pusat hiburan di tingkat empat Kompleks Asia City dalam Operasi Khas Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, malam tadi.

Ketika serbuan kira-kira pukul 10 malam itu, semua suspek sedang leka berhibur di sebuah bilik dengan bunyi muzik yang kuat.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, polis menghadapi sedikit kesukaran untuk masuk ekoran mereka mengunci pintu dari dalam dan memiliki rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

“Bagaimanapun, kita berjaya masuk dengan memecahkan pintu dan menahan mereka.

“Hasil pemeriksaan, kita dapati seramai 21 individu terdiri daripada 14 lelaki dan tujuh wanita sedang berhibur di satu bilik di tingkat empat bangunan berkenaan,” katanya.

Jelasnya, semua individu yang berusia antara 21 hingga 35 tahun itu ditahan termasuklah pemilik pusat hiburan.

“Tindakan kompaun RM10,000 dikenakan ke atas pemilik premis kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana beroperasi dalam tempoh PKP, manakala 17 lagi dikompaun kerana melanggar SOP iaitu berada di tempat hiburan dalam tempoh PKP, denda RM1,500 setiap seorang.

“Tiga lagi warganegara asing ditahan dan siasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai yang mungkin boleh menyebabkan jangkitan penyakit merbahaya kepada awam, yang boleh dipenjara selama enam tahun atau didenda atau kedua-duanya,” katanya. 

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!