About Me

2 Orang Asli maut diseret lori mengundur


Gua Musang: Dua lelaki Orang Asli maut selepas motosikal ditunggang mereka diseret lori yang tiba-tiba mengundur di Kilometer (KM) 62 Jalan Gua Musang-Lojing di sini, semalam.

Dalam kejadian 12.25 tengah hari itu, Rosli Itam, 49, dan Hasmi Alang 41, yang juga pekerja kebun sayur, meninggal dunia serta-merta.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon Foo berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila lori dipandu lelaki 53 tahun mengundur selepas diletakkan di bahu jalan menghala ke Lojing.

Katanya, pemandu itu keluar daripada kenderaannya dipercayai untuk membantu rakan sekerja yang lorinya rosak di kawasan berkenaan.

"Selepas pemandu itu turun daripada lori, kenderaan berkenaan dengan sendirinya telah mengundur sejauh 714 meter serta bergesel dengan tembok konkrit pembahagi jalan.

"Dua mangsa yang menunggang sebuah motosikal datang dari arah belakang, gagal mengelak dan kemudian bertembung dengan kenderaan itu yang sedang mengundur.

"Mangsa terseret dan meninggal dunia. Mayat kedua-duanya dibawa ke Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sik berkata, siasatan awal mendapati punca kemalangan itu disebabkan pemandu lori gagal memastikan kenderaan yang ditinggalkan tidak bergerak.

Namun katanya, pemandu lori itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!