About Me

2 mayat nelayan sudah ditemui


Parit Buntar: Dua nelayan yang dilaporkan hilang dalam kejadian ribut pagi tadi, ditemui lemas petang tadi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau Mohd Sharenliza Ghazali berkata, mayat pertama dikenali sebagai Ueap Bee Hin, 65, ditemui terapung oleh nelayan, 3.30 petang di kedudukan 1.2 batu nautika dari perairan Sungai Baru, Tanjung Piandang.

Manakala mayat Tan Eng Thang, 59, ditemui terapung, 6 petang tadi ketika kerja-kerja menarik bot mangsa dilakukan di kedudukan 0.5 batu nautika barat dari Parit 30, Kuala Kurau.

"Terdahulu, kami menerima laporan kehilangan kedua-dua mangsa masing-masing di perairan Tanjung Piandang dan perairan Kuala Kurau.

Mayat berkenaan diserah kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ditemui di jeti Pasukan Polis Marin, Kuala Kurau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Mazuki Mat ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat berkenaan.

Terdahulu, pada kejadian pertama di perairan Sungai Baru Tanjung Piandang, bot yang dinaiki tiga nelayan tempatan termasuk tekongnya, Yeap Bee Hin, terbalik menyebabkan Bee Hin hilang.

Manakala dalam kejadian kedua, dua bot di perairan Kuala Kurau yang dinaiki lima nelayan tenggelam menyebabkan Tan Eng Thang hilang manakala empat yang lain dapat menyelamatkan diri dengan berenang ke darat.

Pihak berkuasa kemudiannya melaksanakan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!