About Me

11 notis kepada peruncit naikkan harga minyak 5kg


SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor mengeluarkan 11 notis kepada para peruncit yang menaikkan harga minyak masak botol lima kilogram (5kg), hari ini.

Pengarahnya, Muhammad Zikril Azan Abdullah berkata, hasil pemeriksaan mendapati ada sesetengah peruncit menjual pada harga sehingga RM34.20 dan ada mengekalkan harga jualan pada nilai RM25.50.

Katanya, peruncit berkenaan dikehendaki membekalkan perincian harga jualan dan harga kos barangan dalam tempoh dua hingga lima hari ini.

“Ini bagi tujuan siasatan lanjut samada berlaku pengambilan keuntungan berlebihan atau tidak.

“Pihak peruncit memaklumkan kenaikan harga jualan disebabkan oleh pihak pembekal telah menaikkan harga kos minyak masak botol itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menjelaskan, alasan kenaikan itu didakwa peruncit susulan peningkatan
harga pasaran minyak masak global.

Muhammad Zikril memberitahu, walaupun harga jualan minyak masak botol lima kg tidak dikawal harganya kerjaaan namun para peniaga masih tertakluk dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Denda tidak melebihi RM500,000 boleh dikenakan kepada para peruncit sekiranya didapati bersalah mengikut akta tersebut,” tegasnya. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!