About Me

Yusuf ditemui sempurna, tidak melecur atau cedera


Port Dickson: "Kejadian berlaku sekelip mata, saya tidak sempat cari adik," kata Umar Khalish Azidie Fadzly, 10, yang kehilangan adik bongsunya, Yusuf Khalish, 3, dalam kebakaran rumah mereka di Kampung Teluk Pelandok, Batu 12 di sini, semalam.

Menurutnya, sebelum kejadian, dia tidur di ruang tamu bersama seorang lagi adiknya, Arman Khalish, 8, dan hanya menyedari berlaku kebakaran apabila terasa bahang panas.

Katanya, dia menjerit 'rumah terbakar' sekuat hati yang mengejutkan Arman Khalish; ibu mereka, Marlia Junaidi, 36; nenek, Khalsum Bakri, 67; dan datuk, Junaidi Abd Ghani, 63, yang menghidap angin ahmar.

"Apabila sudah keluar, saya lihat Yusuf tiada dengan kami dan ketika itu baru sedar dia masih di dalam rumah.

"Tak dapat nak buat apa-apa kerana api sangat marak dan hanya tunggu bomba sampai," katanya yang pilu dengan pemergian Yusuf Khalish dan akan merindu keletah manja kanak-kanak itu.

Khalsum pula berkata, sebelum kejadian dia dan Marlia berada di dapur untuk memasak makanan tengah hari dan tersentak apabila mendengar jeritan cucu.

Katanya, mereka segera melihat ke ruang tamu dan nampak api sedang marak.

"Saya segera membawa keluar suami yang berada dalam bilik dibantu anak dan membawa bersama cucu. Malangnya arwah tiada bersama dan kami tidak sempat untuk menyelamatkannya," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang, Mohd Kamal Mohd Timar berkata, mangsa ditemui sempurna dan kelihatan seperti anak patung apabila ditutupi pakaian di dalam bilik.

"Kawasan bilik itu musnah tetapi mangsa tidak cedera atau melecur. Apabila pemeriksaan dibuat, dia disahkan meninggal dunia," katanya yang tidak menolak kemungkinan mangsa lemas kerana asap.

Jenazah Yusuf Khalish akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Pelandok.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!