About Me

Wartawan di Gaza disekat daripada guna WhatsApp


GAZA: WhatsApp dipercayai menyekat puluhan wartawan Palestin daripada menggunakan aplikasi pesanan mesej itu susulan serangan udara rejim zionis Israel di Semenanjung Gaza, menurut petugas media.

Tidak lama selepas gencatan senjata berkuat kuasa pada 2 pagi Jumaat lalu, dua wartawan AFP di Gaza menerima notis daripada WhatsApp memberitahu akaun mereka sudah disekat.

Wartawan lain, di Baitulmaqdis dan Tebing Barat dan Gaza, berkata, akaun WhatsApp mereka juga disekat.

Seorang petugas dari saluran Al Jazeera pula berkata, akaun mereka kembali boleh digunakan selepas mereka mengemukakan aduan kepada pemilik WhatsApp iaitu Facebook.

Naib Presiden Persatuan Wartawan Palestin, Tahseen al-Astall, berkata kira-kira 100 wartawan di Gaza mendapati akaun WhatsApp mereka disekat.

Sebagai keperluan untuk liputan kedua-dua pihak, wartawan di Gaza menerima kenyataan daripada pejuang Hamas, antaranya termasuk menerusi WhatsApp.

Dalam pada itu, Pusat Arab untuk Pembangunan Media Sosial berkata, tindakan menyekat akaun WhatsApp itu bukanlah kes terpencil.

Dalam satu laporan terbaharu, kumpulan itu yang berpangkalan di Haifa, bandar yang dikuasai Israel, merekodkan 500 kes membabitkan 'hak digital' penduduk Palestin dicabul antara 6 Mei hingga 19 Mei.

"Kandungan dan akaun dipadamkan, dikurangkan atau dihadkan, tanda pagar (hashtag) disembunyikan, dan kandungan arkib dihapuskan," menurut laporan itu.

Kira-kira 50 peratus daripada laporan itu mengenai Instagram, 35 peratus (Facebook), satu peratus (Twitter) and satu peratus Tik Tok.

"Syarikat terbabit tidak memberikan penjelasan mengenai tindakan memadam atau menggantung kandungan kepada hampir sebahagian kepada pengguna terbabit," kata laporan sama. - AFP

- BHarian

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!