About Me

Warga Kota Bharu boleh tuntut sagu hati RM20 selepas suntikan vaksin COVID-19


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menawarkan sagu hati bernilai RM20 kepada penduduk di ibu negeri Kelantan yang melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19.

Menurut Takiyuddin menerusi perkongsian di Facebook, inisiatif yang bermula pada 30 Mei itu melibatkan warga Parlimen Kota Bharu yang telah menerima suntikan vaksin.

"Khusus untuk warga Kota Bharu.. Pakat-pakat uar-uarkan dan sebarkan untuk semua rakyat," kata beliau.

Antara syarat yang ditetapkan adalah individu itu perlu menjadi pengundi Parlimen Kota Bharu, membawa MyKad dan menunjukkan pengesahan suntikan vaksin COVID-19 sewaktu menuntut sagu hati berkenaan.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) turut menyediakan pengangkutan percuma kepada warga Kota Bharu yang tidak mempunyai kenderaan untuk ke pusat pemberian vaksin (PPV).

Katanya, tuntutan tersebut boleh dibuat di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 09-7473688.

- Awani

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!