About Me

Warga emas bergelang pink dikompaun RM4,000


Tumpat: Seorang lelaki warga emas dikompaun RM4,000 atas kesalahan melanggar prosedur standard operasi (SOP) apabila keluar ke pasar dengan memakai gelang merah jambu.

Pesara kakitangan awam yang berusia 73 tahun itu ditahan di Pasar Sumayyah di sini, oleh pihak berkuasa sebaik ternampak gelang kuarantin yang dipakai di tangan kanannya itu.


Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, lelaki itu datang ke pasar terbabit kira-kira jam 10.30 dan sempat membeli barang dapur sebelum ada beberapa pengunjung yang perasan gelang merah jambu yang dipakainya.

"Kebetulan anggota kami ada membuat rondaan di sekitar pasar terbabit dan lelaki itu terus ditahan sebelum dikenakan kompaun sebanyak RM4,000 atas kesalahan melanggar SOP Op Covid-19.

"Ketika ditahan, lelaki itu sedang membuat pembelian sambil membimbit beberapa plastik barang dapur yang sudah dibeli sebelum disedari orang ramai," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) 1988.

Terdahulu gambar warga emas itu yang memakai gelang merah jambu ketika membeli belah di Pasar Sumayyah sebelum dikenakan tindakan oleh anggota polis tular hari ini.

Seorang peniaga sayur dalam pasar itu yang ingin dikenali sebagai Zura, 40, berkata dia hanya mengetahui berita mengenai warga emas yang datang membeli belah dengan memakai gelang kuarantin selepas dia ditahan.

Menurutnya lagi, dia difahamkan lelaki itu hanya membuat pembelian di beberapa lot kedai sekitar hujung pasar sahaja.

"Saya juga diberitahu dia sudah membeli lauk pauk dan ramai peniaga tidak menyedari gelang merah jambu yang dipakainya menyebabkan peniaga terus menjalankan urusniaga.

"Bagaimanapun dia ditahan anggota RELA yang bertugas di pasar sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!