About Me

'Total lockdown': Hanya dua orang dari rumah sama dibenarkan keluar - Ismail Sabri


PUTRAJAYA - Sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh mulai 1 Jun ini, hanya dua orang wakil isi rumah dibenarkan keluar bagi mendapatkan keperluan asas, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Dua orang sahaja wakil isi rumah dibenarkan keluar untuk mendapatkan bekalan makanan, ubat, penokok diet dan keperluan asas.

"Maksimum tiga orang sahaja termasuk pesakit dibenarkan keluar untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan, perubatan, ujian saringan, keselamatan atau kecemasan dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediaman.

"Atau ke tempat paling hampir dengan kediaman sekiranya perkhidmatan kesihatan atau perubatan tersebut tiada dalam radius 10 kilometer dari kediaman," katanya pada sidang akhbar pada Ahad.

Sementara itu, bagi kapasiti penumpang pengangkutan awam dan e-hailing, Ismail Sabri berkata, hanya ditetapkan kepada dua orang sahaja termasuk pemandu dan penumpang.

"Bagi perkhidmatan bas henti-henti, bas ekspres, LRT, MRT, ERL, Monorel, feri dan lain-lain pengangkutan awam pula dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 50 peratus penumpang.

"Bagi kehadiran pekerja swasta dan awam juga masing-masing terhadap kepada 20 dan 60 peratus seperti yang diumumkan sebelum ini," katanya.

Tambah Ismail Sabri, bagi taska, tabika, tadika swasta serta pusat perkembangan minda kanak-kanak tidak dibenarkan kecuali bagi petugas barisan hadapan.

"Aktiviti solat dihadkan kepada 12 orang terhadap Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid dan surat sahaja.

"Begitu juga dengan upacara akad nikah dibenarkan hanya di Pejabat/ Jabatan Agama Islam dengan kehadiran mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri," katanya.

Bagi aktiviti rumah ibadat selain Islam pula juga dihadkan kepada AJK rumah ibadat tanpa kehadiran penganut.

Sementara itu, aktiviti sukan dan rekreasi dibenarkan secara individu di kawasan terbuka.

"Aktiviti sukan dan rekreasi yang dilakukan secara individu di kawasan terbuka tanpa bersentuhan fizikal terhad kepada joging dan senaman sahaja dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya dua hingga tiga meter.

"(Perlu) dilakukan di kawasan kejiranan tertakluk kepada arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa," katanya.

- SinarHarian 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!