About Me

Tiga terselamat, pokok tumbang dekat Muzium Negara



KUALA LUMPUR: Tiga lelaki, termasuk pemandu dan penumpang kereta serta penunggang motosikal terselamat dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Travers menghala pusat bandar di hadapan Muzium Negara, di sini, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.05 petang itu dipercayai akibat hujan dan angin kencang sehingga menyebabkan pokok berkenaan tumbang.


Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata kejadian itu membabitkan tiga lelaki, termasuk dua warga asing.

"Akibat kejadian itu, penunggang motosikal warga tempatan cedera ringan di bahagian kaki, manakala pemandu dan penumpang kereta warga asing tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mangsa yang cedera sudah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

- Berita Harian

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!