About Me

Tak henti berdoa suami ditemukan


Kuala Terengganu: "Saya sentiasa berdoa agar suami yang hilang di laut ditemukan, walaupun operasi mencari dan menyelamat sudah dihentikan sejak Selasa lalu," kata Noorfadilah Abdul Rashid, 30.

Noorfadilah ialah isteri kepada Wan Mohd Sufian Wan Abdul Rahman, 34, yang hilang selepas terjatuh daripada bot gentian kaca Khamis lalu.

"Saya dan seluruh keluarga reda dan sentiasa bersedia menerima apa juga ketentuan Ilahi.

"Keutamaan saya dan keluarga agar suami ditemukan selepas seminggu dia hilang," katanya yang dihubungi.

Noorfadilah berkata, pegawai daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memaklumkan pihaknya belum menemui sebarang petunjuk baru dalam usaha pencarian suami.

"Walaupun APMM sudah menghentikan operasi khas pencarian suami, tetapi mereka berjanji membantu dan menyambungnya semula jika menerima maklumat terbaru terutama daripada nelayan tempatan.

"Pegawai APMM memaklumkan beberapa asetnya masih berada di laut bagi melaksanakan operasi membanteras kegiatan pencerobohan nelayan asing," katanya.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Wan Nursofia Azzahra Wan Mohd Sufian, 4, dan Wan Nursyifa Adelia berusia satu tahun.

Noorfadilah berkata, selain solat hajat, dia turut mendapat bantuan beberapa orang tokoh agama yang mendoakan agar suami ditemukan.

"Ramai nelayan yang juga rakan suami tetap meneruskan pencarian.

"Kami sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada APMM dan pelbagai agensi termasuk Jabatan Perikanan negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertungkus selama satu minggu melakukan operasi," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!